Thursday, January 1, 2009



Assalamualaikum wrh,. wbr,. dan salam sejahtera,

Selamat berjumpa melalui halaman blog "BLOG@1".

Halaman blog ini diadakan untuk orang ramai menyertai perbincangan dan memberikan pendapat mengenai topik-topik yang dibicarakan dalam program "BLOG@1" di RTM 1 setiap Jumaat pukul 10.30-11.00 malam.

Objektif utama halaman blog ini ialah untuk menggalakan dialog dan merangsang daya fikir konstruktif masyarakat terhadap apa sahaja isu yang diperkatakan.

Diharapkan ruangan ini dapat digunakan dengan baik oleh semua kita.

Pengendali blog ini meminta komen dan pandangan disampaikan secara berhemah, bertanggungjawab; dan dengan bahasa yang boleh memperkayakan budi dan wasilah kita, sebagai bangsa yang memilikki sejarah dan budaya hidup indah dan gemilang.

Seboleh mungkin gunakanlah nama sebenar, walaupun yang diutamakan ialah nilai tinggi buah fikiran anda.

Terima kasih dan selamat berblog
Idaham